Showing posts with label Bloggerama. Show all posts
Showing posts with label Bloggerama. Show all posts

Friday, October 23, 2009

Deting Di Ikea

Ya, kata kunci sejak semalam ialah "Deting". Terjebak juga saya ke Ikea tengahari tadi.

Bontot memang sempat panas sebab tak perlu balik ke pejabat. Tapi jangan risau Jua, mak tak melepaskan kentut (walaupun di tangga) :P

Siapa lagi yang saya jumpa di Ikea selain Jua dan YayayesMAA? Tunggu sat no,.. cheq nak buat research ala kadar sekejap. :P

Bersambung...


Okay, entry disambung semula:
Saya hanya kenal Jua. Jua kenal Yaya dan juga Lana. Jadi, kami pun bertemulah tadi. Diorang sibuk makan-borak-makan-ambil gambar, saya sibuk beratur beli makanan. Diorang sibuk berborak, saya sibuk makan, anak saya sibuk berlari-lari.

Lana balik (eh, ke pergi kerja??), kami bertiga (termasuk Sophia, 4), masuk market hall. Yayayes yang sebenarnya nak cari benda, saya yang borong banyak. No lah, memang sebenarnya saya nak cari vase dengan bunganya sekali (tapi terbeli jugak barang-barang Sophia).

Jua makan aiskrim, anak saya hanya dibenarkan tengok sahaja. Kejam??? Maaf, anak saya memang dalam pantang. Kesiannn...

Yaya nak berangkat, saya terpaksa berangkat juga - (rambut) anak perempuan sudah serabut kerana mengantuk. Dalam kereta, dia tidur lena.

Oh di Ikea tadi, terserempak juga dengan Erna dan kumpulan kawan saya yang lain (gua terasa seperti Open house, entah kenapa).

Okaylah, itu sahaja cerita dari saya.

Monday, August 24, 2009

Parteyy Hari Jumaat: Ini Saja Gambar Yang Saya Ada

(Yang boleh digunakan untuk tatapan umum). Gambar orang ada, tapi haruslah tuan empunya badan memberi kebenaran bertulis dulu. :)

Saya sendiri memang tak ada memberi kebenaran kepada sesiapa untuk meletakkan gambar saya di blog - siapa letak, memang saya saman :P. Apa? Saya perasan macam gambar saya ada diambil? Memang... kalau tak perasan, itu bukan saya namanya.

Sebagai pendahuluan


Ini adalah gambar-gambar tangan Jua, MN, Erna, Mast dan Raihan. Sila suaikan. ;)


Dalam ni CY ada.


Ini memang side yang meriah dengan makanan. Kelihatan dalam gambar di sini ialah Mynie, KNV, dan Ummu AA (sorry, I didn't really catch your nick). Tiada dalam gambar: Mamaadib dan Bibimie


Sekian. :)

Berita (kelahiran) terkini:
Madam Za telah selama melahirkan bayi (alamak tak perasan pulak lelaki ke perempuan :P) semalam. Harap maklum.