Abaikan saja entry saya sebelum ini. Siapa makan cili, dia yang terasa pedas. Saya tahu kawan-kawan saya tak makan cili ;).
Anyways, saya sebenarnya sedang mengambil/menghirup udara Take-5 sebentar daripada membuat kerja-kerja menyemak inbois (haaa, inbois kau...) - setelah diberi peringatan oleh En Suami supaya jangan melengah-lengahkan proses pembayaran kepada vendor. Kesian kat vendor tu. Saya sebenarnya bukan sengaja untuk melengah-lengahkan, tetapi sistem tidak membenarkan.



Silalah beri saya tunjuk ajar tentang bagaimana mahu melakukan kerja ini dengan pantas dan efisyen (sila jangan cadangkan supaya saya tidak berblogging semasa kerja, ya?)
Buat pengetahuan kawan-kawan, saya sangatlah selenga dalam kerja semak-menyemak ini. Sila beri tunjuk ajar dan kongsikan pengalaman anda, ya? Tolong, ya?
Selingan:

**Updated on 3.47 P.M**
Tepat jam 3.45 petang, saya telah selesai menyemak inbois-inbois itu (tp belum check D.O lagi la)!! Lihatlah DONIA!!!