Showing posts with label Usana. Show all posts
Showing posts with label Usana. Show all posts

Tuesday, December 8, 2009

I Didn’t Mean To Skip My Breakfast…

…But I hadn’t taken mine until 10.00 a.m this morning.

Was it still a bad habit?

The thing is, I did not feel hungry. I tried visualizing good food this morning (including watching my daughter eating Roti Canai, slurrrp), but the crave for food was not there.

Then, I knew I had to force myself to take the Usana Vanilla Nutrimeal-Ribena shake. My choice is Vanilla flavor for breakfast and Chocolate flavor for dinner – chocolate is soothing, so sangat sesuwei diambil pada waktu malam (I think).

One thing I like (or dislike???) about Usana Nutrimeal is I’ll feel full until around 6.00 p.m. after taking a dose (dose??? macam dadah la pulak…) at 10.00 a.m. This has happened so many times already.  And of course, that depends on individuals.

I don’t know if I should hate it or not because I always don’t feel like eating after taking Usana Nutrimeal.

Somebody asked me if my current body(-look) is the result from taking Usana; my answer is no. I was underweight before and just got normal weight after stopping from breastfeeding my daughter (and I HATE IT because I think I look FAT). But as I’m getting older and have realized that my metabolic rate is decreasing, I have to take good food (read: healthy, not yummy) and train my body to burn, burn, and always burn.

Monday, November 30, 2009

Dah Tahu, Tapi Masih Buat Juga

Saya tahu, kalau saya di pejabat, amat sukar saya mahu mengangkat punggung saya untuk mendapatkan sarapan pagi. Saya tahu itu.

Tapi, pagi tadi, dalam terkocoh-kacah mahu keluar rumah ke pejabat, saya tidak sempat mahu membancuh makanan orang koma shake saya (sebenarnya stok Vanilla Nutrimeal saya sudah kehabisan, yang tinggal hanya perisa Coklat!). Dalam hati pada ketika itu berkata, 'Takpe, nanti beli je sandwich kat opis'.

Akibatnya? HARAMMMMMMM!

Sampai saja di pejabat, terus buka komputer dan terus menaip memorandum. Lepas tu terus masuk mesyuarat. Lepas tu, sambung lagi mesyuarat lain. Sudahnya... pukul 12.00 tengahari baru nak menjamah sesuap makanan. *Dush*

Kesian badanku... Sekian. :)




p/s: Ini baru nak tarik sehela dua nafas. Kejap lagi nak sambung memorandum lagi.

Wednesday, November 25, 2009

Busy, Tapi Tatap Nak Jawab Komen

Pasal anonymous; komen-komen begitu telah saya moderate kan. Tapi itu hanya untuk post yang tidak dipaparkan di muka depan blog (hina) saya ini.

Pasal 5678; saya beri tempoh kepada diri saya sendiri untuk melihat keadaan counter yang sakit ni. Kalau sakitnya berterusan, maka terpaksalah saya batalkan pertandingan tak seberapa itu. Saya akan umumkan.

Pasal ucapan selamat hari raya; tidak, saya belum bercuti. Bahkan tidak akan mengambil sebarang cuti tambahan untuk raya ini.

Perkara berbangkit tidak berkaitan; jika anda membeli Usana Nutrimeal dan Usana Fibergy daripada saya, anda akan mendapat shaker* bernilai RM10 (betul, kan?) secara percuma! Saya juga akan mencadangkan perisa yang sedap yang patut anda ambil. Email saya sekarang di alamat mimielola[at]gmail.com



HAHAHA! Sempat iklan..... :p

*bilangan shaker adalah terhad

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, November 17, 2009

Lapar, Lapar, Lapar!

Saya rasa, sejak makan Usana Nutrimeal ni saya (rasa) semakin kerap rasa lapar. Tengok je lah menu saya semalam.

Is it good, or bad?

Nak hirup telan Peach-Mango Fibergy tu alahaiiiii... Hanya beberapa orang sajalah yang tahu masalah saya dengan Peach-Mango Fibergy ni.


Sunday, November 15, 2009

Usana Nutrimeal

Saya harap ini bukan kali terakhir saya bercakap mengenai Usana Nutrimeal. (Walaupun ada sesuatu benda yg saya harap saya tidak akan bercakap mengenainya lagi).

Ini kisah semalam. Pagi breakfsat The Western Whopper by Burger King yang saya beli masa on the way back to KL.

Lepas tu, pergi tadika anak perempuan, ada juga makanan yang disediakan - tapi saya tak makan pun sebab dah kenyang.

Balik rumah, dalam pukul 1-2 petang saya sudah kelaparan. Kepala dok fikir nak makan kat mana untuk tengahari semalam, tapi semua orang macam tak nak keluar rumah. Suami dan anak perempuan masih kekenyangan.

Tiba-tiba.... *plinggggg*

Saya mendapat ilham. Apa kata saya bancuh Nutrimeal (Vanilla) sahaja? Maka saya pun bancuhlah Nutrimeal...

Kali ini saya cuba resepi Cik Isz - letak Ribena. BEST!!!!!!!!

Lepas tu, petang dalam pukul 5-6 gitu, saya makanlah kuih2 sikit dengan keropok lekor. Dan saya rasa kenyang sehingga ke pagi tadi. Tapi pagi tadi saya tak ambil Nutrimeal lah. (Habis lari rutin Nutrimeal saya).



Thursday, November 12, 2009

Orange-Vanilla Shake

  • 300-350 ml Orange juice (I have tried Marigold and Twister and my choice is Twister)

orange_juice

  • 3 scoops Nutrimeal (Vanilla flavor)

nutrimeal

Mix the ingredients and shake it, baby!

shake

Saya hanya bancuh shake dalam Starbucks tumbler sahaja – tak beli shaker (konon ingat tak perlula). Tapi saya strongly recommend penggunaan shaker.

Peringatan: Resepi ini sangat manis sebab Vanilla Nutrimeal tu pun dah manis, ditambah pula dengan orange juice yang dah sweetened. Jadi, pandai-pandailah adjust sukatan.

Sana Sini Usana

Selama lebih kurang seminggu saya telah mendaftarkan diri sebagai ahlil Usana.

Alhamdulillah, dalam dok bising-bising kata nak kurus, nak kurus (sebenarnya bukan nak kurus, nak kempiskan perut dan kecilkan peha sahaja), hati saya telah terbuka untuk mencuba Usana. Sekurang-kurangnya, saya telah berusaha untuk mencapai matlamat saya itu.

Sejak seminggu ini saya belum sempat menimbang berat badan saya lagi tapi saya amat pasti yang berat saya tidak naik pun (seminggu nak naik apa kan??). Sesetengah orang, nak naik senang, nak turun sangat payah. Dietlah banyak mana pun (sit-up saya dah berhenti buat, harap maklum), tapi badan pinggang dan peha besar tu jugak. Sudahlah kekurangan zat kerana dieting, berat tak juga turun-turun. Tapi kalau tak jaga makan (makan secara pukal), memang berat pasti naik. Well, ini kes saya lah.

Tabiat pemakanan saya sebelum ini pun adalah amat tidak sihat. Pagi skip breakfast. Kadang-kadang lunch pun makan dalam pukul 3-4 petang. Lepas tu malam tak makan langsung (LANGSUNG!) - sepatutnya makanlah buah ke, cereal ke kan..?

Mungkin orang akan cakap 'Baguslah kurang makan, mesti turun berat punya'. Tapi sebenarnya, dengan skip makanan ini, kita hanya melatih badan kita untuk merendahkan kadar metabolisme badan kita.

Dah banyak kali saya terjumpa artikel mengenai meal (especially breakfast) skipping ini. Adalah tidak dicadangkan untuk seseorang yang mahu menurunkan berat badan untuk tidak mengambil breakfast. (Nanti kalau dah jumpa artikel saya link kan).

Untuk mendapatkan badan yang sihat dan kuat (ingat, bukan iklan Milo di sini, tapi iklan USANA), mestilah mengambil pemakanan yang sihat dan amalkan exercise. Untuk saya, saya tidak sempat untuk workout di mana-mana gym, apa yang boleh saya lakukan ialah:

  1. Naik turun tangga sebanyak 4 tingkat dengan memakai kasut tumit tinggi (serious, naik senang, turun taubat!). Setakat ini stamina saya hanya mampu bertahan sebanyak 4 tingkat. Cita-cita saya ialah untuk menaiki tangga sebanyak 36 tingkat (bukan gurauan)!
  2. Berjalan dengan pantas seperti sedang berlumba dalam Walk-a-thon dalam mana-mana shopping complexes. Yang ini depends, kalau saya seorang, saya pakailah kasut tumit tinggi. Kalau dengan keluarga (read: Sophia) haruslah memakai Crocs sahaja.

Dan oleh sebab saya kekurangan masa (atau lebih tepat lagi tidak tahu menguruskan masa), Nutrimeal adalah pengganti makanan pilihan saya. Setakat ini, saya ambil Nutrimeal sebagai pengganti sarapan dan Fibergy sebagai snek pada waktu malam.

Alhamdulillah, saya bangga kerana saya bukan sekadar omong-omong kosong saja untuk mengecilkan ukur lilit pinggan dan peha. Saya sudahpun berusaha ke arah itu. Malah lebih hebat kerana saya bukan sahaja tidak skip makanan (read: Breakfast), saya juga mengambil makanan berzat.

Kalau anda mahu cuba produk Usana (cuba dulu, tak suka tak apa - masing-masing punya citarasa), bolehlah email saya di alamat mimielola[at]gmail.com (Ceh, dah last-last baru nak letak tagline yang cliche). :P

Sekian kisah Usana di sini. :P


p/s: Jangan lupa pertandingan tak seberapa ini, ya! (Malas mahu bikin sticky, tapi berkobar mahu bagi hadiah). Ya, ayat yang sama saya kitar semula. :P