Showing posts with label Quiz. Show all posts
Showing posts with label Quiz. Show all posts

Monday, November 16, 2009

1, 2, 3, 4...

5, 6, 7, 8.

Sementelah pertandingan 88,888 tu dah habis, dan seperti yang telah diwar-warkan, saya sudah ada pertandingan baru.

Tengok nombor-nombor tu, boleh agak tak apa yang saya cari?

comment_circle

Ya, saya mencari snapshot yang menunjukkan bilangan komen sebanyak 5,678.

Kuiz/pertandingan kali ini agak mudah bagi saya. Ini kerana

  1. saya tidak mengamalkan ‘comment moderation’.
  2. tiada syarat yang dikenakan terhadap komen-komen yang patut ditulis/yang saya boleh terima. It’s up to you.

Jadi, anda boleh memasang strategi anda sendiri untuk mendapatkan angka 5,678 tersebut. Bukan seperti ini, di mana kita hanya boleh menunggu dan lihat sahaja.

Pertandingan masih terbuka kepada wanita-wanita di luar sana yang pernah berlaga pipi dengan saya yang biasa merempit di sini. Hahahahahahaha!

Seperti biasa, pengemail yang tepat dan terpantas bakal memenangi hadiah tidak seberapa daripada saya tapi kali ini, tiada kebebasan kepada pemenang untuk membuat pilihan warna hadiah. (Janganlah KS menang lagi, hehehe).

NO CHEATING! I mean, please do not edit your snapshot. I know I can trust you.

Good luck!



Tuesday, November 10, 2009

Hari Ini Hari Selasa, Kan?

88032_on_tuesday

Nombor di atas merupakan jumlah pelawat yang saya capture pada hari ini (petang tadi).

Mungkin dalam minggu ini angka 88,888 akan tercapai (Insya-Allah). Itupun kalau saya rajin menulis entry – blog sendu memang begini, kalau tak update, kurenglah pelawat.

Saya telahpun membeli hadiah - pagi tadi saya terasa sangat bermurah hati membeli sesuatu yang berwarna-warni (yang agak banyak) yang saya tahu saya tidak memerlukannya pun buat masa ini.

Insya-Allah, saya akan berikan salah satu dari ‘barang’ tersebut kepada sesiapa yang berjaya meng‘email’kan snapshot yang menunjukkan nombor 88,888. Mesti ‘email’kan snapshot yang menunjukkan bukti itu adalah blog saya – kang tak pasal-pasal ambil gambar counter blog lain, lepas tu declare itu blog saya punya.

Oh, ya, akhir sekali, penyertaan adalah terbuka kepada Female Followers blog saya sahaja, ya! Jangan mengelat, ya… Saya tidak ada masa untuk menyemak ketulenan snapshot. Saya percaya anda semua. Hanya satu sahaja pemenang (tepat dan pantas) yang akan dipilih.


Update sikit:
Kalau anda redha, tulis tajuk email anda sebagai "Warna kegemaran saya ialah [isi warna kegemaran anda di sini]"

Sila nyatakan ID anda yang tertera dalam kotak 'follower'

Friday, February 27, 2009

Pop Quiz 3

Okay, I go straight to the point. Which two of these are mine?

Semua yang di atas, bukan ana yang punya...


Hadiahnya ialah tudung Tie Rack ini.

p/s: Sesiapa nak amik link gmbr di atas dan paste kat blog dia, dipersilakan. Hahaha :P

p/p/s: Maaflah, kerana berlatarbelakangkan quilt.

p/p/p/s: Cik Iszan tak layak menyertai quiz ini, ya?

p/p/p/p/s: Tambahan - dan terbuka untuk orang yang tinggal di Tanah Melayu saja, ya?

Wednesday, February 18, 2009

Pop Quiz 2

Kuiz ini ini dibuka untuk semua orang yang menepati syarat-syarat berikut:

  1. Copy and paste semua gambar di bawah ini dalam blog anda. (Kalau tak ada blog, tak boleh participate)
  2. Susun mengikut aturan yang bersesuaian. (Suka hati lah nak susun mana dulu, mana kemudian)
  3. Masukkan dialog yang bersesuaian untuk setiap gambar. Contoh : Boleh klik di sini.
  4. Letakkan link blog ini dalam blog anda. (Kalau tak letak, penyertaan akan dibatalkan)
  5. Tinggalkan komen anda di ruangan komen entry ini untuk menyatakan penyertaan anda. Tak tinggal, maka tak cinta penyertaan dibatalkan.

Hasil kekreatifan anda akan dinilai oleh 3 orang juri (sesiapa yang berminat untuk menjadi juri, sila email saya di alamat mimielola[at]gmail.com). Dan sesiapa yang telah terpilih untuk menjadi juri, tidak layak untuk menyertai kuiz ini. Kepada para juri yang terpilih, kita akan sentiasa mengumpat berkomunikasi menerusi email. ;)

Tarikh tutup penyertaan (termasuk pemberitahuan dalam ruangan komen entry ini) ialah pada hari Khamis, 19 Februari 2009, jam 6.00 petang.

















Baju Sofea adalah (dibeli) dari The Lil Caliph. Nak cerita sikit, saya suka baju itu kerana jahitannya amat kemas (untuk makluman, saya sangat cerewet dengan jahitan baju kurung, ya). Material tak usah cakap lah, nama pun cotton.

Thursday, February 5, 2009

Pop Quiz 1

Kuiz ini hanya dibuka kepada yang telah mengaku secara bertulis di sini bahawa beliau tidak pernah membaca buku The Firm oleh John Grisham.

Cuba teka, antara buku-buku berikut, yang mana satukah yang saya sedang baca?









Sila beri jawapan anda dengan menulis format seperti ini:

Book Title by Author atau, Book Title atau, Author dalam ruangan komen entry ini.

Hadiah sedang menanti pemenang bertuah!

Hint: Malam tadi tidur lambat sebab baca buku ni!!! Huhuhu. (Err.. agak-agak relevankah klu yang diberikan?)

Update: Okay, sebelum apa-apa berlaku, ingin diberitahu di sini bahawa hanya satu pemenang bertuah (penjawab tepat terpantas) sahaja yang bakal menerima hadiah tak seberapa daripada saya.