Dek kerana kekecuran melampau melihat resipi Murtabak Maggi semalam, saya bergegas turun ke kedai di bawah bangunan ini untuk mendapatkan barang sepaket dua Maggi.
Saya begitu mengambil mudah terhadap resepi tersebut sehingga tidak mencatat apa-apa, main harap ingat di kepala sahaja. Sudahnya, (dengan penuh yakin dan niat), saya menggunakan 1 biji telur (sepatutnya 2) dan daging cincang yang tidak mencukupi (ini salah saya kerana tak tau nak mengagak).
Oh ya, saya juga sesuka hati mengubah resepi mengikut firasat saya sendiri. Semasa menyediakan topping, selain meletakkan perencah kari Maggi itu sendiri, saya juga ada menambahkan sos barbeku cap Heinz. Rasanya sedap!<--bukan murtabaknya ya, tetapi sos barbeku itu.
Maka inilah hasil murtabak yang tidak cukup telur itu.
Saya tidak menggunakan kesemua perencah Maggi kerana takut terlebih masin. Tapi bila makan, tawar nak mamfuss. Jadi saya rekomen, habiskanlah kesemua perencah Maggi yang ada itu untuk penyediaan makanan ini.
Ini resepi yang saya ceduk dari blog Iszan:
Bahan-bahannya:
Minced beef/chicken <-- secukupnya
1 biji bawang putih - chopped
1 biji bawang besar – diced Kentang – diced <--Saya tak letak
1 biji lada marah/cili api <--Pun tak letak jugak
Sedikit sayur campur <--Tak letak
1 peket Maggi – Curry flavor
2 biji telur <--ingat ni tau!
Garam secukup rasa <--Saya tak letak, hua hua hua
Cara memasak:
Topping
Tumis bawang putih hingga kekuningan.
Kemudian masukkan lada/cili api,sayur campur,bawang besar dan perencah Maggi.
Masukkan minced beef/chicken & kentang.
Masak sehingga empuk. <--saya tambah sos barbeku masa ni
Base
Celur Maggi
Pukul (la deyyy) telur
Masukkan garam sket<--saya skip. And if you like , masukkan perencah maggi<--saya tak skip
Masukkan Maggi yg dah dicelur ke dalam telur tadi utk dijadikan sebagai base.
Cara menyediakan:
Panaskan minyak dalam kuali.
Masukkan Base, tunggu sat pastu tarukkan Topping atas dia.
Balikkan (tahap kegaringan ikut citarasa sendiri)
Siap. Masuk pinggan. Ngapp.