Kalau anda (yang biasa merempit di blog ini) masih ingat, saya ada menyebut tentang sekeping (ya, saya juga lemah dalam penjodoh bilangan seperti Iszan) brooch yang mahal (bagi saya) pertama saya.
Untuk dijadikan cerita, setelah agak baru beberapa bulan saya menggunakannya, pinnya sudah pun patah. Jadi, menggunakan warranty card yang ada, saya pun hantarlah brooch saya untuk dibaiki. Kata orang yang menjaga kaunter tersebut, ia akan mengambil masa lebih kurang 3 minggu. Kalau tak salah saya, saya hantar brooch saya tu dalam bulan Ogos, sehingga kini (dah nak habis bulan Oktober) masih belum siap. Haish, tak boleh jadi ni. Saya pernah juga bertanya kepada orang kaunter tersebut dalam bulan September lepas. Jawapannya, "Masih belum siap"!
Oh, ya, untuk makluman, pin yang patah tidak termasuk dalam senarai jaminan Kenji yang keji itu. Saya berasa amat kesal.
Tapi, dalam kesal pun saya telah tergoda dengan brooch Kenji yang lain. Lalu saya pun belilah tanpa ragu-ragu (semasa Metrojaya's Member Sale tempoh hari). Saya suka pada brooch baru ini - lupa sekejap terhadap butterfly saya itu. Namun kegembiraan saya itu mungkin hanya sementara kerana pinnya juga sudah tidak lurus dan tidak terletak pada landasan yang sepatutnya (macamana saya nak terangkan pun saya tak tahu). Situasi pin yang tidak lurus ini sama dengan yang terjadi kepada butterfly saya sebelum pinnya patah.
Adakah pin brooch baru saya akan patah juga? Kalau ya, maka sangat tidak berbaloi lah saya membeli brooch dari Kenji ini.
Lebih baik saya membeli brooch di gerai-gerai yang harganya 5 untuk RM10!!!! Buat pengetahuan semua, brooch RM2 ini sangat tahan (kalau tak hilang), okay! Saya masih ada brooch RM2 yang saya beli pada tahun 2006 sehigga sekarang (walaupun kebanyakannya sudah hilang).
Jadi, (buat masa ini saya rasakan) mungkin brooch Kenji kedua saya itu merupakan brooch mahal saya yang terakhir.