Sabtu lalu, saya telah diberitahu melalui SMS oleh Kak Non yang dalam keadaan terkinja-kinja melakukan tag workstation ini dan mahu saya melakukan ia juga! Dan saya juga membalas SMS tersebut dengan keadaan terkinja-kinja jugak kerana saya sedang menahan kencing (relevan?). Hahaha. Oh, Mamaadib juga mentag saya untuk perkara yang sama. Ada sesiapa lagi? Maaf kalau saya terlepas pandang.
Untuk pengetahuan rakan taulan semua, termasuk yang ini, telah 3 kali saya melakukan tag ini (ini yang pertama, ini yang kedua). Silalah tag saya lagi kalau ada masa lapang, ya?.Saya tak kisah. Oh, dalam menyatakan fakta yang mungkin berkaitan (atau mungkin tidak), saya masih lagi bermastautin di kubikal yang sama.
Gambar 1
Ini merupakan fail-fail atau buku-buku atau majalah-majalah rujukan saya. Nampak agak (agak, ya?) teratur kerana saya amat jarang menggunakan mereka sebagai rujukan.
Gambar 2
Di sebelah barisan rujukan saya pula ialah dulang keluar-masuk saya (In-out tray) yang saya sendiri tak pasti yang mana satu masuk, keluar, KIV mahupun sampah.
Gambar 3
Sekarang, saya mahu memaparkan perkara yang lebih serius (wooooo, serius weihhhh). Ini merupakan fail-fail projek semasa yang selalu saya bawa ke sana ke mari untuk memberi dan mendapatkan maklumat. Fail ini saya letakkan berhampiran dengan dulang keluar-masuk saya tadi (relevankah jika saya memberitahu kedudukan fail-fail ini?). Tetapi sebenarnya, kedudukan fail-fail ini adalah tidak tetap.
Gambar 4
Kak Non dan Mamaadib menunjukkan botol air masing-masing. Jadi saya tidak mahu kalah, lalu saya pun mahu juga menunjukkan botol air saya.
Gambar 5
Ini pula ruangan untuk saya melepaskan tekanan (ya, kah?) yang saya panggil "Sudut Ceria". Botol berwarna hijau itu adalah minyak wangi untuk saya gunakan pada hari saya kekalutan lalu tak sempat menyembur minyak wangi di rumah. Yang merah-merah (di sebelah botol minyak wangi) itu adalah payung lipat saya. Banyak jasa payung ni walaupun semasa mula-mula saya membelinya saya sendiri tak tahu bila saya akan menggunakannya. Yang lain-lain tu, memang saya gunakan untuk melepaskan tekanan saya termasuk lah wayang kulit kecil (di sebalik botol oren) itu yang mana kadang-kadang saya akan membuat persembahan untuk jiran kubikal saya.
Gambar 6
Sebenarnya, saya telah diberi hadiah oleh rakan-rakan sebuah "alat" (sebenar) untuk melepaskan tekanan.
Sangat comel, kan? Tetapi sebenarnya ia lebih selesa sesuai jika dijadikan "alat" untuk tidur (atau lebih dikenali sebagai bantal). Lihat saja lah saiznya.
Gambar 7
Sebenarnya, apa yang lebih menggembirakan hati saya ialah gambar-gambar ini
Saya terpaksa buat-buat tak nampak dan mengabaikan nota berpelekat (sticky notes) yang busuk itu kerana saya sendiri yang menampal mereka di tempat itu.
Di sini saya juga ingin menunjuk-nunjuk menunjukkan gambar Sofea semasa berumur 11 bulan. (Sila lah klik pada gambar kalau sudi).
Gambar 8
Gambar keseluruhan kubikal buruk saya...
...pada suatu petang, dan
...pada suatu Ahad.
Sekian. Saya ingin mentag (secara random rawak) manusia-manusia berikut:
- Nadiah Khair,
- Cik Puan Muda,
- Pink Mama,
- Lady Verde,
- Sya a.k.a MamaDhea,
- Fid,
- Gurl, dan
- Yus