Saturday, December 20, 2008

Cerita Budak Nak Pergi Sekolah

Suatu pagi, seperti biasa, anak saya akan memberitahu, "Mama, nak pegi new school"

Dan saya sampai dah tak tahu lagi nak cakap apa. Lalu saya pun berkata, "Next year kita pegi new school, ya?" (Macam lah Sofea tahu next year tu apa, kan...)

Sofea merengek lagi, dan lagi, dan lagi.

Saya pun cakap lah, "New school tutup, belum buka lagi.." (Ye lah, cuti sekolah, kan?)

Dan Sofea pun menjawab, "Knock, knock la..."

Dari situ saya tahu yang anak saya ini bersungguh-sungguh untuk pergi ke sekolah lain (dengan kata lain, tidak mahu lagi pergi ke daycare sekarang).

Saya pun risau lah, takut mungkin ada perkara-perkara lain yang membuatkan dia tidak mahu lagi ke daycare itu. Saya pun tanya la, "Kenapa tak nak pegi school Qasrina?"

"Tak nak..."

"Ye lah, kenapa? Teacher marah Sofea, ke?"

No answer.

"Sape buat Sofea?"

"Tasha"

"Tasha baru tu?"

"Hmmm"

"Dia buat apa?"

"Dia cubit Sofea"

"Kenapa dia cubit? Sofea naughty, ke?"

"Tak.." (ye lah tu)

"Takpe, kalau dia tak nak kawan dengan Sofea, Sofea main dengan orang lain, ok. Ramai lagi kawan lain, kan?"

"Hmmm"

"Okay, tak?"

"Okay"