Wednesday, December 24, 2008

Kisah Pisang Yang Kelat

Baru-baru ini, kan saya ada bekerja di suatu tempat Negeri Sembilan. Suatu ketika, sedang kami semua bersiap-siap mahu pergi makan, seorang kawan telah mempelawa saya untuk merasa pisang yang ada di tangannya.

Kawan-kawan, pisang itu sangatlah besar. Saya terkebil-kebil jugak lah melihat dan mengamati saiz pisang itu. Saya pun terus bertanya "Ini pisang tanduk ke, apa?"

Sebesar pisang tanduk, ya kawan-kawan. Boleh bayangkan kalau anda makan pisang tanduk seperti memakan pisang biasa seperti Montel atau Berangan?

Oh, berbalik kita kepada topik entry 'kelat' ini. Sebaik sahaja saya bertanyakan soalan saya itu, saya terus menolak pelawaan untuk merasa pisang tersebut dengan mengatakan "Tak nak lah. Kelat".

Kawan saya kelihatan agak terkedu dengan jawapan saya. "A ah, macam mana boleh tau?"

"La, boleh bau la pisang kelat"

Dan rakan saya itu berasa kagum kerana saya boleh mengesan bau kelat.

Adakah susah mau mengesan pisang kelat?

-Pakar pisang yang baru melantik diri sendiri-