Saturday, January 17, 2009

Ada Apa Dengan Dalam Sebuah Beg?

Saya sungguh melahu pada hari Sabtu nan sunyi ini sehinggakan saya teringin untuk membuat tag ini sekali lagi setelah melihat isi perut handbag Iszan

Ini beg yang saya gunakan hari ini

Dulu saya fikir beg ini sudah cukup besar. Rupa-rupanya, kecil sahaja...


Nah, ini dia isi perut beg saya itu

Macam mana nak start ni, ya?


Okay lah, saya simpan semua membership card (yang kurang popular) dalam pouch bodoh yang berwarna kekuning-kuningan (kali ini gambar boleh diclick-to-enlarge). Pouch kuning ini saya dapat secara percuma dari suatu tempat di Korea.

Dalam wrislet whiskey saya itu, saya thumby, memory cards dan juga buku-buku kecil.

Dalam pouch hitam yang seperti ada punat berwarna biru itu ialah ipod mini saya.

Yang lain-lain tu, boleh dilihat sendiri lah kot. Oh, hari ini saya terpaksa membawa 2 pasang kaca mata hitam kerana kereta saya ditinggalkan di workshop, jadi saya perlu mengosongkan kereta saya itu. (Barang-barang penting saja yang saya ambil).

Oh, tidak lupa juga, 2 bekas hitam berhampiran dengan wrislet whiskey saya itu. Itu merupakan (basic) makeup case dan juga mini brush set.

p/s: Minggu ini saya memang tidak terurus sikit. Ye lah, siapa lagi la yang boleh tolong uruskan saya, kan...