Monday, January 19, 2009

Anugerah Juara Lagu

Malam tadi saya menidurkan anak saya dengan lebih awal - supaya esok pagi beliau tidak menangis-nangis mahu bangun tidur dan supaya saya dapat menonton Anugerah Juara Lagu! (seorang mak yang bagus).

Tapi, semasa saya menonton AJL malam tadi, saya terfikir apakah motif saya bersengkang mata menonton rancangan itu sekiranya:

1. Speakernya adalah half-muted (takut anak saya terjaga) - I barely could hear the songs. Sudah lah saya tak pernah dengar dan tidak tahu lagu Sampai Syurga Faizal Tahir itu, tidak tahu juga lagu Ayu, lagu Ziana Zain... (lagu Stacy pernah dengar lah jugak)

2. Saya tidak dapat pun melihat dengan jelas mereka-mereka yang membuat persembahan - kata RABUN, tapi tak pakai spec...

Jadi, sudahnya, saya fikir baik saya meneruskan perjuangan saya untuk tidur. Saya tidur semasa Kumpulan Spider membuat persembahan.

p/s: Bedebah betul, saya sebenarnya mahu menjadualkan entry ini untuk dikeluarkan pada pukul 12 tengahari ini, tapi terlupa mahu tukar itu AM kepada PM. Jadi oleh sebab dah terlanjur, saya ubah lah masanya kepada circa pukul 9 pagi ini.