Anakku... anakku...
Balik dari kerja tadi saya lihat dia masih cergas - bercakap tak berhenti sehinggakan saya terpaksa menyuruh dia berhenti bercakap. Padahal sebelumnya dah muntah 3 kali dek ubat.
Sekarang, dah terlepek.
Dah besar (belum panjang) pun masih liat mahu makan ubat. Saya rasuah pergi Zoo Negara pun dia boleh ambil masa 5 minit untuk berfikir nak ikut atau tidak. Sanggup kena tinggal daripada kena makan ubat tu!