Thursday, February 26, 2009

Air Sembahyang Akan Terbatal Jika Anda Terkentut (Atau Mengentut)

Tetapi, adakah anda perlu melakukan istinjak (dikenali sebagai cebok selepas ini) setiap kali selepas kentut dilepaskan? Sila jangan jawab soalan tersebut.

Al-kisah...

Sudah beberapa kali anak saya meminta untuk dicebok secara tiba-tiba. Oleh kerana insiden seperti ini telah berlaku lebih dari sekali, saya mengambil pendekatan tidak mahu melengah-lengahkan perjalanan anak saya ke jamban (atau dalam bahasa indahnya, bilik air).

"Mama, nak cebok"

"Nak poo poo ke? Cepat cepat cepat!" (Dengan nada ceria, tak mau marah sekiranya terlepas di luar bilik air kerana dikhuatiri akan mengganggu perasaannya)

"Bukan,... Sofea kentut..."

"Ha? Nak poo poo tak?"

"Tak nak poo poo, Sofea kentut saja..."

"Kalau kentut, kenapa nak cebok?"


"Nanti busuk nanti?"

Dia berkeras juga mahu dicebok. Saya pun akurlah untuk kali yang pertama dan mungkin yang terakhir kerana selepas itu, saya biarkan suami saya memberi rasional mengapa tidak perlu cebok selepas kentut. Tidak tahu sejauh mana keberkesanannya!