Dimulakan dengan keluahan panjang *siiiiiiiiiiiiiiiiiigh*
Pagi hari ini dimulakan dengan membuat panggilan telefon ke nombor 1111. (Talian telefon saya telah disekat, sekiranya anda ingin tahu).
Sebenarnya, hari Jumaat yang lepas, saya sudah pun cuba membuat panggilan telefon ke nombore keramat 1111 ini, tetapi hasilnya tidak menyebelahi saya. Saya dikatakan tidak membayar bil selama 2 bulan. Betul. Tapi saya katakan kepada orang tersebut yang saya tidak akan membuat bayaran kepada Celcom selagi bil tidak sampai ke tangan saya. Kalau nak suruh orang bayar, pastikan bil sampai ke tangan orang itu. SMS ke, Online Bill ke... saya tidak boleh terima. Bukankah Celcom dibayar sebanyak RM3 untuk bil terperinci setiap bulan? Jadi kesimpulannya, cubaan bergaduh pada hari Jumaat lepas adalah tidak membuahkan hasil. Lagipun, saya sedang berehat sebentar daripada sebuah mesyuarat. :P
Pagi ini, saya telefon lagi. Kali ini saya mempunyai alasan yang kukuh - telah membuat bayaran pada hari sebelumnya iaitu semalam. Saya bercakap/berdebat/bertengkar/mengarah dengan orang itu. Saya katakan yang caj yang saya berdegil tidak mahu bayar adalah bukan caj panggilan - tidak patut talian saya disekat kerana itu. Maka panjang jugalah masa panggilan 1111 saya pagi tadi. Yang pada akhirnya orang itu bersetuju untuk mengatifkan semula talian telefon saya.
Tapi.... sehingga sekarang talian telefon saya masih tidak dapat digunakan. Orang itu menipu saya barangkali.
Tak apalah Celcom, kalau anda tidak suka pelanggan seperti saya. Saya pun dah memang sejak awal tidak suka Celcom. Dan hajat untuk melanggan Broadband Celcom tidak mungkin saya teruskan.
Disudahi dengan sumpah seranah #$%^&*(%%()!!!!!**##