Sedih sangat.... semalam saya terpaksa melepaskan note ini (setelah sekian lama terlipat dan tersorok di tempat yang paling tersorok sekali :P - lihat sajalah kesan lipatan yang hebat itu).
Tapi, yang melucukan ialah sewaktu saya menghulurkan note tersebut untuk membuat pembayaran, juruwang tersebut dengan tindakan refleksnya mengatakan "Err, Kak, duit ni tak boleh pakai".
Saya pun (dengan muka eksyen terpinga-pinga) membalas "Ha? Err..."
Belum sempat saya mahu katakan itu adalah duit RM 50 yang baru, juruwang tersebut mencelah "Oh ni duit 50 baru, ya?"
"A ah, kalau tak nak, takpe lah, saya pun nak simpan lama sikit duit ni", dengan muka yang sangat eksyen berat hati mahu melepaskan note itu ke tangan orang lain. (Pada hal, dalam hati berkata Janganlah dia tak nak, aku bukannya ada duit lain sekarang ni)
Ya, kawan-kawan, sampai duit sorok pun dah digunakan... Apa maknanya tu?