Friday, March 13, 2009

5 Effective Pathetic Ways To Increase Your Blog Hits

Tajuk tak boleh blah <-- Ni first time saya guna frasa 'tak boleh blah' ni. Maksudnya apa, saya kurang pasti.

Sebelum itu, saya ingin memberitahu awal-awal. Entry ini dibuat tidak bertujuan untuk memberi panduan (secara serius) tentang bagaimana mahu menambahkan lagi bilangan pukulan (hits) blog anda. Pertambahan bilangan hits adalah sama sekali tidak dijamin sekiranya anda melakukan perkara-perkara yang akan dinyatakan di bawah.

Satu
Kenalpasti blog mana yang menyumbang kepada bilangan hits tertinggi kepada anda. Pastikan url blog anda sentiasa berada di tempat teratas dalam bloglistnya itu. Err,.. ada faham? Maksudnya, pastikan blog anda sentiasa dikemaskini.

Dua
Masih mengenai penyumbang hits tertinggi. Rajin-rajinkanlah meninggalkan komen dan juga jangan lupa tinggalkan link ke blog anda sekali dalam blog tersebut.

Tiga
Rajin-rajinkanlah diri anda menjawab tag, dan mengetag orang lain kerana kita sedia maklum bahawa sesiapa yang kena tag, dikehendaki meletakkan link orang yang mengetagnya. Jadi, apabila kita mengetag orang, maka secara tidak langsung kita akan dapat semula hits hasil daripada link yang telah dibuat oleh mangsa tag. Orang berbudi, kita berbahasa, orang linkkan blog kita, kita linkkan blog orang itu semula. Setuju?

Empat
Kalau rasa desperate sangat, gunalah perkataan-perkataan lucy dengan sengaja supaya secara sengaja juga, kita mengundang hits sesat oleh perverts di muka bumi ini yang sentiasa dahagakan bahan-bahan lucy.

Lima
Berdasarkan pengalaman saya sendiri, saya rasakan taktik mengemaskini blog secara drastik tidak memberi kesan yang significant terhadap bilangan hits. Saya rasakan cara yang mempunyai kesan jangkamasa panjang ialah dengan sentiasa melakukan blog-hopping DAN meninggalkan komen-komen dalam blog-blog orang lain. Ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara bloggers. Setuju? Apabila sudah ada pertalian seperti itu, maka kita akan sentiasa diingati dan sentiasa di"pukul". :P


p/s: Sudahkah anda klik pada iklan Nuffnang rakan-rakan anda? Pergilah klik. Paling mudah, pakatlah sesama rakan untuk menjadi rakan klik (tak payah ramai-ramai, 2-3 orang pun sudah memadai). Saya sudahpun mempunyai rakan-rakan klik saya. ;)