Bukan, saya bukan mahu mengulas mengenai cerita Kasut Tumit Tinggi di Astro itu. Saya mahu berkongsi pengalaman saya memakai kasut ini.
Memakai kasut tumit tinggi tersebut tidaklah sebegitu tidak-selesa (atau mungkin menakutkan) seperti yang dibayangkan. Tetapi, tidak juga selesa seperti yang saya harapkan. Apa yang pasti, saya hanya akan memakai kasut ini sekiranya pada hari itu saya memakai seluar panjang yang terlebih panjang (dan memakai stokin), DAN..... TIDAK MEMBAWA MUATAN YANG BERLEBIHAN.
Boleh bayangkan sekiranya saya memakai kasut ini dan membawa beg laptop??? Saya bayangkan tulang koksik saya tersembul keluar dari punggung saya. SERIOUSLY! Sudahlah tumit kaki telah diberi tekanan dari bawah, bahu pula mahu diberi bebanan?? Haruslah tulang koksik (saya yang fragile itu) tak dapat nak menampung berat dengan muatan tersebut...
Kesimpulannya, jika mahu memakai kasut tumit (yang amat) tinggi, janganlah membawa barang-barang yang banyak dan membebankan. MALAYSIA BOLEH! Anda pasti boleh!
p/s: Saya sudah lama mahu menonton cerita Kasut Tumit Tinggi, tapi tak pernah berkesempatan. (Sebenarnya tak tahu bila ia diudarakan). :P
p/p/s: Kali ini post script saya diletakkan sebelum tandatangan.