Tuesday, March 17, 2009

Lagi Kisah Spa Q 2

Siapa tengok cerita Spa Q 2 semalam? Demi maruah, kenapalah watak Dafi itu dijadikan sebagai lelaki sejati? Kan bagus kalau watak Dafi itu ala-ala Awww (bukan Awie) gitu? Yang mana kalau dipakaikan handbag pun nampak anggun gitu? *Tarik nafas* *Istighfar istighfar istighfar*

Untuk pengetahuan (bagi yang pernah mengikuti Spa Q tetapi tidak berkesempatan atau tidak mahu mengikuti Spa Q 2), Faradhiya melakonkan watak JULIA (saudara kembar FATIN yang jahat itu dalam Spa Q). Julia ni konon-kononnya nak membalas dendam terhadap keluarga Q (Qistina) atas kematian kembarnya Fatin. Jadi dari situlah keselengaan Dafi ini terserlah. Awwww... kosernya saya nak komen lagi pasal watak Dafi ini (kalau saya pandai buat superimpose, memang saya nak superimposekan Dafi ini membawa handbag).

Oh, MARLIA (lakonan Azizah Mahzan) berkahwin dengan ZAFRUL (lakonan entah siapa - tapi saya terperasan yang lelaki Zafrul ini ada berlakon sebagai professor tak bertauliah dalam cerita PEPAYA!!!). Pada awal cerita Spa Q 2, Zafrul konon-konon ada hati dengan Qistina (jugak), tetapi Qistina beralah (atau memang tiada hati dengan Zafrul - tidak dapat dipastikan dengan riak mukanya). Entah macamana, rumahtangga Marlia-Zafrul mengalami badai atas campurtangan/godaman godaan pihak ketiga iaitu err,.. NORELL (bukan nama sebenar) lakonan Zizie Ezzete.

Watak Norell juga sangatlah bendul/bodoh - selalu ikut telunjuk DATIN SOFIERA (lakonan Jasmin Hamid) yang sampai kesudah saya tidak kenal pun siapa DATUKnya.

Cukuplah saya ceritakan beberapa watak di atas. Memeningkan, bukan?



Soalan kuiz yang tidak ada hadiah:
Berapa banyakkah huruf Q dalam entry ini? Ngeeeee...