Pada hari Sabtu yang lepas, selain berdua-duaan dengan anak saya di Suria KLCC, saya juga bertiga-tigaan (saya, anak dan maid; suami saya kerja - menurut katanya lah) di Tesco pada sebelah petangnya.
Suasana di Tesco adalah amat sesak - dengan orang yang jalan-jalan makan anginnya, dengan budak-budak naik basikal (lepas tu mak bapaknya tak beli pun!!!) nya... Haish.. boleh naik blood pressure macam ni. Kesian Sekianlah mengumpat kisah pasal orang lain.
Cerita pasal kami pula.
Al-kisah, semasa sedang memilih bawang besar di mana banyak orang berkerumun (tak pasti pula saya harganya murah atau biasa, orang berebut, saya pun berebutlah <-- gila punya orang :P), Sofea duduk mencangkung di suatu sudut (troli dah penuh, koser nak bawak 2 troli) sambil menunggu saya.
Sesudah membungkus bawang besar, saya pun mengajak Sofea untuk ke kaunter pembayaran. DIA TAK MAHU BANGUN, ok!
Maid saya bilang, dia sudah berak.
Saya pula bilang dalam hati, Mana mungkin dia sudah berak. Jadi saya pun memintalah Cik Maid Molek (CMM) membawa Sofea ke tandas sementara saya melakukan pembayaran. Kami berjanji mahu berjumpa semula di pintu masuk.
Saya pun beraturlah... Saya hangin dengan Tesco kerana barisan amat panjang, tetapi tidak mahu membuka kaunter baru. Apa maknanya meletakkan jaminan seperti di bawah ini?
Nasib baik saya membawa tunai lebih, kalau tidak, lagi lama lah saya beratur kerana rata-rata kaunter yang menerima kad kredit amat panjang barisannya.
Selesai bayar, saya pun teruslah ke pintu masuk di mana kami masuk tadi. TIADA SOFEA DAN CMM di situ okay! Saya pergi ke pintu lagi satu (mana tau, CMM keliru dengan pintu keluar-masuk nan 3 itu), TIADA JUGA! Pegi lagi ke pintu terakhir, PUN TIADA! Dalam hati saya berkata, Adakah CMM telah menculik anak saya dan lari?<--harus ada perasaan syak-wasangka.
Saya melakukan perkara yang sama iaitu pergi ke setiap pintu sebanyak entah-berapa kali. Penat saya masa tuh. Tak lama selepas itu, saya ternampak CMM (tersengih-sengih <-- aku lempang baru tau, nasib baik dah tolong cuci bontot Sofea :P)dan Sofea telah berada di luar bangunan berhampiran dengan kereta.
Ku semangat... Nasib baik tak hilang anak saya.