Wednesday, March 4, 2009

Tidur Dalam Paksaan

Saya ingin bertanya, bagaimana anda menidurkan anak-anak anda (pada waktu malam)?

Malam tadi, saya terpaksa memaksa anak saya tidur dengan cara memaksa beliau memejamkan mata.

Saya bagi amaran "Kalau Sophia buka mata lagi, Mama angkat Sophia, letak kat luar bilik" (sebenarnya saya cakap Mama angkat Sophia masuk dalam bilik air).

Anak saya terus memejamkan matanya yang comel itu <-- anak sendiri, mestilah baek punya puji. :P

Dan selepas itu, untuk selama lebih kurang 30 minit, mata saya pun terjegil terkebil-kebil dalam kegelapan demi memerhatikan mata Sophia kalau-kalau beliau cuba untuk membuka mata lalu membuat kerdipan mata paling comelnya (comel lagi...).


p/s: Ejaan nama anak saya akan kekal sebegitu mulai entry ini.