Ada apa dengan tajuk tersebut?
Al-kisah suatu malam, ketika bapa anak saya (suami sayalah tu) sedang menidurkan Sophia, Sophia pun bukalah satu cerita di sekolahnya.
"Abah, Aunty Dumex tu cakap,... bakteria baik pukul bakteria jahat"
Ya, syarikat susu ni rupa-rupanya,... target budak-budak pulak, ya?...(Siap bagi sample bagai). Hmmmmm...
Semalam (dan beberapa hari yang lepas), anak saya ini berpelakuan cengeng hingga ke tahap yang sukar saya gambarkan lagi. Suka benar menghisap tangan (tangan ya, bukan jari) sambil menangis.
Mula-mula saya katakan "Sophia, kalau Sophia selalu nangis, nanti Sophia tak besar. Sophia jadi kecik..... saje" <-- boleh rujuk kepada mana-mana buku panduan bayi yang ada menyatakan bahawa menangis itu memerlukan sejumlah kalori.
Menangis juga...
Tiba-tiba saya mendapat idea; saya katakan kepadanya "Sophia, jangan masukkan tangan dalam mulut, kat tangan tu ada bakteria jahat. Nanti bakteria jahat masuk dalam badan Sophia nanti, Sophia pun demam".
Datang pula idea tambahan (nak suruh dia minum banyak air). Saya tambah lagi, "Okay, pegi minum air banyak-banyak sekarang, nanti bakteria jahat tu lari"
Dan Sophia pun minum air, okay.... (Saya pernah cuba beritahu dia pasal kuman. Dia tak boleh terima, ok...)