Monday, April 13, 2009

Cerekarama Sabtu Lepas (Yang Fasha Sanda Berlakon Tu...)

Ada yang tengok separuh jalan, ada yang tengok tengah-tengah je, ada yang tengok awal dan akhir, diselang-selikan dengan buku (sayalah tu). Biar saya cerita balik (berdasarkan apa yang saya tengok sajalah, sebab saya sebenarnya menonton sambil membaca buku).


*Flash-back effect*

Cerita itu dimulakan dengan scene Pasah terjaga dari mimpi, sambil melihat ke arah baju putih yang tergantung di bilik (baju pengantin ya...). Maka selepas itu baru diketahui bahawa hari tersebut merupakan hari istimewa untuk Pasah - hari perkahwinannya. Maka dia pun bersiap-siaplah diandam oleh mak pak andam.

Ketika bersiap, datang pula sepupunya (saya rasalah) menjengah dan bermulalah episod flash back tentang bagaimana Pasah bertemu Ako dalam cerita itu.


*Double Flash-back effect*

Kisah cinta Ako dan Pasah bermula dari sebuah klinik. Ako seorang doktor, Pasah adalah pesakitnya. Itu ini, begitu begini depa mengambil keputusan untuk berkahwin. Maka mereka berdua mengambil ujian HIV dan Pasah disahkan HIV Positive.

"Tidak doktor, tidak.. Itu tak mungkin..." (lebih kurang gitu lah ayat yang keluar dari mulut Pasah)

Pasah pun berduka lara. Balik rumah, dia tanya mak dia (Vanida Imran) siapa ibu dia yang sebenar. (Ya, Pasah adalah anak angkat dalam cerita ini). Vanida pun ceritalah... Dipendekkan cerita, mak Pasah ni dulu seorang pelacur dan penagih dadah, dah mati dah pun. Jadi, disyaki Pasah mendapat HIV daripada aktiviti lampau ibunya.

Okay, itu baru episod HIV dan sejarah hidup Pasah. Ako pun sedia menerima Pasah seadanya.

Suatu hari, Ako dan Pasah disamun dan diculik oleh 3 orang penyangak. Dipendekkan lagi cerita, penyangak tu mengambil keputusan untuk bunuh Ako (tapi tak tunjuk scene Ako kena bunuh tu rasanya - atau mungkin saya yang terlepas scene itu), dan Pasah diromen.

Pasah kemudian berjaya meloloskan diri dari tangan penyangak-penyangak itu. Maka Pasah pun terselamatlah dari cengkaman mereka.


*Kembali semula ke scene Pasah diandam*

Katanya, rombongan pengantin lelaki dah sampai. Tiba-tiba pintu bilik dikuak dan Vanida Imran masuk ke bilik, budget nak bagitau lah yang pengantin dah sampai.

Rupa-rupanya, Pasah sedang berhalusinasi - sebenarnya tiada pak andam, tiada sepupunya. Mekap pun, ala-ala joker - listip ke pipi. Vanida datang mahu melihat keadaan anaknya yang meroyan kematian Ako.


*Kembali semula ke scene saya bercerita*

Sekian.