Wednesday, April 15, 2009

Kisah Malam Tadi

Err... ada tersama dengan tajuk post sesiapa tak? Macam pernah terbaca tajuk macam ni. Maaf, kalau tersama, nama pun "ter".

Malam tadi, saya sekeluarga pulun mengerjakan mesin basuh kerana keesokan harinya (hari ni lah tu...) dikatakan bekalan air terganggu. Saya seorang je dah membasuh sebanyak 5 loads. Sebelum itu, sudah ada orang yang membasuh beberapa loads.

Sementara menunggu mesin menamatkan tugasannya, saya pun cuba-cubalah menyambung membaca buku Breaking Dawn - tak boleh masuk. Tak taulah bila baru boleh 'naik sheikh' baca buku balik.

Saya juga memaksa diri menonton cerita Yusuff (Ya Rabbi... saya rasa, lebih baiklah saya menonton cerita Gerak Khas). Semalam merupakan pengalaman pertama saya menonton drama itu. Tak tahan betul melihat lelaki yang memakai baju merah yang saya mula-mula ingat mabuk todi, rupa-rupanya tengah high hisap dadah. Anda gagallah melakonkan watak itu, Mamat. GAGAL.

Lepas tu, lepas tu, ada watak nama BENJAMIN. Benjamin, tau lah sebut macam mana, kan? Ini tidak, pegi sebut Benjamin as in Penjamin (gantikan P dengan B). Lepas tu, scene lain, boleh pulak nak guna nickname Benjy. Why not Benji as in Benci (gantikan C dengan J)?

Lagi satu yang membuatkan saya berasa turned off dengan drama Yusuff ini ialah lelaki kelip-kelip mata itu. Hadoiiiiiiiii... itu semulajadi ke apa, Bang? That was it! Last night was the first and the last time. (Kalau terbagi review juga selepas ini, anggaplah itu sebagai luahan rasa jengkel saya).

Okaylah, cerita pasal Yusuff je dah 300 patah perkataan (over...). Akhir sekali, saya habis melakukan kerja-kerja basuhan pada pukul 1.00 pagi.


p/s: Saya sudah tidak kuasa nak mengitalickan mana-mana yang patut...