Saya rasa saya mahu terus kepada persoalan saya. Adakah anda merupakan seorang yang mengikut trend semasa?
Penting sangatkah mengikut trend dalam masa yang tertentu?
Apa tujuan sebenar manusia mengikut trend dalam tempoh tertentu?
Maksud trend di sini tidak tertakluk kepada fesyen atau style semata. Saya kadang-kadang berasa agak keliru, kenapa sesetengah orang berasa amat berbangga dapat melakukan/mengikuti sesuatu perkara ketika perkara tersebut sedang hebat diperkatakan. Tak bolehkah kalau seseorang itu memilih untuk melakukan perkara yang sama 2 tahun kemudian (atau mungkin sudah melakukannya 2 tahun sebelum)?