Wednesday, April 8, 2009

Tak Nak Ais

Post ini ada kena-mengena dengan post CY, kot.

Saya suka minuman yang tiada ais. Bukan minuman panas, tapi minuman sejuk yang tiada ais.

Kalau makan di McD, saya akan minta air milo tak nak ais.

Kalau pergi Chilli's, saya juga minta Pineapple juice without ice.

Tapi hari ni, tengahari tadi (saya makan di SF Coffee), saya tercakap

"Nak iceblended coffee, tp tak nak ais"

WTH?? Sebenarnya, saya nak cakap 'Tak nak cream'... Duhh...

Hari ni memang hari yang agak weng sikit lah. Sesudah minum-minum, makan-makan yang tidak seberapa tengahari tadi (kat bawah bangunan je), terus je saya naik ke pejabat. Setelah hampir tiba di pintu masuk, tiba-tiba kawan saya ini (dengan muka yang saya tidak dapat gambarkan) memandang saya dan berkata, "LOLA, TUDUNG KO!!"

Saya pulak macam terdiam kejap, kenapa dengan tudungku, ada binatang ke apa? Rupa-rupanya,.... kawan saya maksudkan tudung-tudung saya (fresh from Dubai) yang tertinggal di tempat makan di bawah. Phewhhhh... mak kecut perut, ok...