Tuesday, April 14, 2009

To Buy Or Not To Buy

Dalam sela masa dari tarikh ini hingga ke hari ini, sebenarnya saya tidak berhenti memikirkan samada untuk membeli kereta baru atau tidak. Beli, tak beli, beli, tak beli...

Pada hari Ahad baru-baru ini lagilah saya terasa tidak mahu membeli kereta baru lagi setakat ini. Kerana ada orang kata, "Kereta you ni bawak pi pasar, je...". Ye lah, saya tak kisah... Memang betul.

Jadi, kesimpulannya, kalau saya beli kereta baru pun, nanti kereta tu, jadi kereta pasar jugak. Baik tak yah!

Tapi hari ini, seseorang sudah menyatakan kepastiannya untuk membeli kereta saya itu. Adoiii... orang dah nak beli tu, jual aje lah. Nanti kang, tercari-cari pulak buyer.

Jadi sekarang, akan bermulalah episod pencarian kereta baru saya.