Friday, May 15, 2009

Apabila Bitter Girl Mengukur Bangunan

Saya tidak berpuasa hari ini. Sebab ada temujanji makan tengahari dengan rakan seuniversitas.

Kami makan di Subway - kes saya terlioq tengok rakan lain makan sandwich di situ semasa saya berpuasa beberapa hari yang lepas. Lepas makan di situ, hidung saya jadi gatal-gatal - tak tahu sebab apa.

Lepas makan, kawan saya menyatakan hasrat untuk mencari sepasang kasut kerja yang baru. Maka kami pun pergi lah ukur bangunan The Gardens. Apabila sampai dipintu Isetan, tak boleh masuk pulak - tiada seorang pun daripada kami yang merupakan ahli IMC. Saya memang dah tak ada membership mana-mana departmental store kecuali Parkson Elite.

Ke Robinsons pula kami - tiada kasut yang berkenan dihati kawan saya itu. Maka... ke MV pula - terus ke Clarks.

Saya sungguh berkenan dengan kasut ini

Picture is taken from Clarks

Sangat sesuai dengan outfit saya pada hari ini. ;). Bedebah betul Clarks, pada waktu-waktu begini, ada pula design yang cantik sebegitu. Tapi saya ialah seorang yang bitter - sungguh angkuh lagi kerek tidak mahu memandang apa jua barang-barang yang cantik. TAKUT BERKENAN DI HATI (nanti tak boleh tidur malam pulak) :P

Masih tiada kasut yang kawan saya berkenan. Maka kami pun ke Hush Puppies. Nahhhh... sekali bukan satu kawan saya rembat, malah DUA pasang kasut! Saya terpaksa buat-buat tak nampak (kerana saya ialah seorang yang bitter!)

Hmmph!