Friday, May 29, 2009

Kenapa?

Tahukah anda bahawa perkataan "Kenapa" ini boleh menjadi begitu menjengkelkan, malah boleh menimbulkan perasaan marah?

Ini kisah semalam:

Sewaktu, suami saya pulang dari pejabat, beliau membawa sekali barang-barang keperluan runcit.

Sebelum itu, saya katakan kepada Sophia "Sophia, Abah dah balik! Abah beli chicken KFC* yang tak pedas..."

"Yeay!"
, respon Sophia.

Tetapi, suami pula menyampaikan khabar buruk - Tiada chicken KFC yang dimaksudkan.

Kemudian Sophia bertanya "Kenapa?"

Saya jawab "Dah habis, dah tak de dah"

"Kenapa?"

"Sebab orang lain dah beli sampai habis"

"Kenapa?"

"Sebab orang lain pun suka jugak makan chicken KFC macam Sophia"

"Kenapa?"

"Sebab chicken KFC tu kan sedap..."


"Kenapa?"


Errkkk...

*Chicken KFC yang dimaksudkan ialah ini