Tuesday, May 26, 2009

Kisah Seorang Anak Ibu

Semalam, saya begitu gembira menyiapkan anak saya seumpama Princess kerana semalam merupakan HARI SAMBUTAN HARI GURU di tadikanya.



Anak saya bertanya, "Mama, hari ni hari apa? Kenapa pakai baju Hannah Montana?"

Saya membalas, "Sebab hari ni ada Teacher's Day..."

Maka anak saya pun dengan gembiranya memakai baju tersebut dengan butterfly hairband seperti dalam gambar di bawah ini.



Macam Princess lah tu konon-konon... Baju mengelip, hairband berjuntai-juntai.

Sewaktu saya sudah hampir sampai ke pejabat, suami saya menelefon saya. Saya fikir, Ini mesti ada barang tertinggal ni...

Tetapi tidak. Rupa-rupanya, suami saya ingin memberitahu saya bahawa sewaktu menghantar Sophia ke sekolah, Sophia seorang saja yang berpakaian biasa - yang lain SEMUA PAKAI BAJU SEKOLAH!!! Hah??!!! Itu tidak mungkin! Hari ini memang Teacher's Day celebration kat sekolah dia.

Sampai pejabat sahaja, saya terus semak semula Google Calendar saya. SAH!!!!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Semalam bukan Teacher's Day celebration di tadika anak saya. Tarikh sambutan sebenar adalah pada 29 MEI ini!!!!!!! Adoiiii...