Monday, May 25, 2009

Saya Harus Mengatakan "Bangun Seawal Pukul 5 Pagi Adalah Best!"

Saya telah disekolahkan oleh diri saya sendiri untuk bangun sebelum waktu Subuh sejak beberapa minggu yang lepas.

Sama ada puasa atau tidak, saya dapat merasakan kenikmatan (atau mungkin keberkatan?) bangun tidur sebelum Subuh, Aaaaaaah...

Selain dapat bersahur, saya juga mempunyai masa untuk membuka komputer dan melawat blog kawan-kawan klik pada iklan Nanang. ;) (Kadangkala saya menunaikan solat Isyak sebelum bersahur). Keji? No.... ini merupakan motivasi saya untuk bangun sebelum Subuh. :P

Saya juga dapat menunaikan solat Subuh dengan rasa tenang dan aman - tidaklah rasa terkocoh-kacah sekiranya saya bangun tidur pada pukul 6 pagi.

Saya dapat mengemas keperluan harian sekolah Sophia.


Dan yang paling penting, SAYA TIDAK MERASA STRESS sekiranya anak saya liat hendak bangun pagi jika dikejut kerana.... saya sudah selesai melakukan banyak perkara terutamanya make up! (Keji betul lah mak macam ni).


BLISS......