Tuesday, May 5, 2009

Tips Menjadi Jutawan

Ya, siapa yang tidak mahu menjadi kaya, menjadi jutawan?

Kita sering berangan sekiranya kita seorang jutawan - ada banyak tag yang yang meminta kita berangan-berangan sekiranya kita menjadi jutawan, bukan? Kalaulah aku jadi jutawan... Tapi, adakah kita menyediakan diri kita ke arah itu? Atau, masih duduk diam-diam dan berangan menjadi jutawan setiap kali ada soalan tag sebegitu?

Tomok sudah pun jadi jutawan - dengar kat TV, baca kat surat khabar, baca kat blog orang lain, tapi diri sendiri tak pernah melihat Tomok membuat persembahan. :P

Kita bagaimana? Kawan-kawan, di sini saya ingin berkongsi cara mudah untuk menjadi seorang jutawan.

Tak perlulah kita menyertai pertanding OIAM itu (eh, OIAM kan yang Tomok masuk tu?).

Tak perlu menyertai mana-mana MLM.

Tak perlu bekerja keras membanting tulang siang malam mengusahakan perniagaan untuk menjadi seorang jutawan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ya kawan-kawan, pergilah melancong ke Indonesia, anda pasti (PASTI) menjadi jutawan!

Semoga berjaya.