Tuesday, June 30, 2009

Bagaimana Mahu Menjadi Anonymous Seperti Seorang Fugitive

Langkah pertama: Buka Photoscape dan pilih "Editor"


Langkah kedua: Pilih gambar yang dihajati.


Langkah ketiga: Pergi ke tab "Region" dan klik pada butang "Mosaic".


Langkah keempat: Pilih kawasan yang ingin ditutup. Kawasan boleh ditutup dalam bentuk segiempat sahaja, tidak boleh mengikut bentuk wajah yang bujur sirih atau bulat piring ;).

Garisan putih itu hanya untuk menunjukkan sempadan kawasan yang saya pilih. Untuk exercise sebenar, tidak terdapat garisan putih tersebut.


Nah, itu sahaja. Mudah sahaja untuk menjadi anonymous, bukan? Semudah 1, 2, 3, 4. Jadi, sebagai tanda penghargaan terhadap usaha gigih saya pada waktu yang agak sibuk ini, rajin-rajinlah memberi credit (dengan membuat link back) ke atas entry ini. Kalau tak buat pun tak salah, cuma... saya akan ingat. Muahahahahahahaha <-- Kenapa dengan saya hari ini?

Oh, satu perkara lagi, terdapat Langkah '0' sebenarnya iaitu memuat turun software Photoscape dan jangan lupa install, ya? Selepas anda selesai melakukan Langkah '0' ini, barulah anda rujuk balik kepada Langkah Pertama dan mulakanlah misi menjadi kabur dari situ. ;)