Thursday, June 18, 2009

Barbie Party Yang Tinggal Kenangan

Al-kisah, Sophia mendapat jemputan untuk menghadiri Barbie party di The Curve Sabtu lepas.

Kami pun pergilah ke The Curve, tapi setelah the party was over. Sebab, Sophia tidur dengan lenanya di rumah sehingga ke pukul lebih kurang 6 petang.

Tapi takpe, objektif lain ke The Curve masih tercapai. ;)

Untuk mengurangkan rasa terkilan (Mama) Sophia, Sophia pun ambillah gambar di pentas.



Rambut anakku itu memang tidak dapat nak diselamatkan lagi. Harap maklum.

Oh, mahu lihat kasut Sophia yang sama glam dengan bajunya itu?









Nahhh



Mama belikan untuk pakai masa Raya, ko dah menggeletik nak pakai sekarang. Kang nampak orang lain pakai kasut yang baru keluar dari kotak, ko teringin...