Saya ke Ampang Puteri pula semalam - melakukan misi yang tak boleh ditangguhkan lagi.
Nak pilih doktor pun rambang. Nak ambil GL pun sampai kena bertukar-tukar kad insurans. Kad yang satu itu tiada coverage yang diperlukan. Yang satu lagi, Alhamdulillah, boleh keluarkan GL.
Sampai di klinik pula, terasa dingin macam dalam freezer. Terpaksa duduk di luar klinik (tetapi meninggalkan Husband di dalam kerana takut nama dipanggil).
Duduk di luar sambil membaca buku sampai rasa nak tertidur. Maka tersengguk-sengguk juga lah saya di atas kerusi keras itu. Rasa nak lebih selesa, masuk semula ke dalam klinik. Tak sampai 30 saat, sudah rasa seperti separuh beku. Nasib baik sofanya selesa (kalau nak diikutkan hati, mahu saja saya berlunjur di atas sofa itu).
Ruang menunggu yang sangat best (setakat semalam). Gambar hanya menunjukkan 1/3 atau mungkin 1/4 dari keseluruhan ruang menunggu.
Oh, semalam juga saya sudah kena sedebik dengan Hubby kerana membawa beg yang terlalu berat. Baiklah, lepas ini saya mahu membeli beg kecil-kecil sahaja. Contoh terbaik: Tate PM (yang hanya boleh memuatkan capacity wrislet saya yang mengandungi 2 biji handphone) dan keyholder. Pad spare pun rasanya tak muat nak masuk lagi. Dan yang lagi best, WALLET PUN TAK MUAT nanti! :P