Sebenarnya sudah beberapa kali saya terpele'ot semasa berjalan dengan kasut itu.
Ada juga saya terkinja-kinja meninjau-ninjau kasut-kasut kerja dari Nine West, tapi tiada saiz untuk saya (takpe, harus saya meninjau di butik Nine West tempat lain pula - hari tu di The Gardens).
Maka dengan itu, saya beranggapan bahawa jodoh saya dengan kasut hitam ini masih kuat. Lalu, haruslah saya menghantar kasut tersebut ke kedai Sabarudin Tukang Kasut. :P
Sebenarnya, target saya untuk setiap kasut ialah untuk tahan sekurang-kurangnya 2 tahun (kalau kasut harga RM 400, haruslah tahan 4 tahun; kalau RM2k???? 20 tahun lah harus tahan hahaha :P) - barulah berbaloi.
Hujung tahun ini genaplah 2 tahun kasut hitam setia saya ini berkhidmat untuk saya. Jadi, pencarian kasut (kerja) akan dimulakan ketika itu.