Tuesday, June 2, 2009

Lega Rasanya

Apabila kain/baju bukan saja berbasuh dan tersidai, malah berlipat!

Apabila banyak kemeja-kemeja kerja yang bergosok - tak perlulah memakai baju kurungggggggg je...

Apabila tiba di rumah semalam, lauk-pauk sudah tersedia - dalam perjalanan, saya sibuk berfikir, kat mana nak beli lauk.

Apabila anak saya berada dalam keadaan gembira kerana ada kawan sepermainan atau lebih tepat lagi ada manusia yang boleh dibuli untuk bermain wan tu jus yang mana setiap kali jus, Sophia MESTI menang kerana dia yang menetapkan bentuk apa yang lawannya patut buat - saya juga tidak terkecuali.






Semua yang di atas adalah kerana....




















CMM berada di rumah!

Huhu, macam mana lah rupanya kalau CMM nak balik negeri for good ni nanti?