Wednesday, June 24, 2009

Projek (Gagal) Malam Tadi

Melihat akan gambar Macaroni Goreng ala CPM di blognya, saya terus berazam mahu menyediakan makan seumpama itu untuk makan malam kami sekeluarga semalam.



Saya adopt bulat-bulat resepi CPM itu kecuali:

4 biji telur - saya guna 3 biji
2 sudu besar cili kisar - saya guna 4 sudu (mesti dah tertukar dengan telur ni...)
Capsicum - tak guna langsung (saya ganti dengan carrot and celery)
Lada sulah - tak letak (terlupa ke apa?)


Akhir sekali...

Macaroni - saya tak guna (saya guna Angel Hair instead)


Dan hasilnya...

Fried Angel Hair ala Mee Goreng Mamak!




Cubaan adalah GAGAL sama sekali! Ya, saya memang gagal (bukan tak pandai, memang gagal terus) dalam bab-bab memasak cara goreng-goreng nih.