Entah mengapa, hari (Sabtu) ini saya merasakan tenang sahaja. Selalunya bukan saja Sophia, malah saya jua turut seperti cacing kepanasan duduk di rumah.
Dengan cuaca yang tidak begitu panas, tidak pula hujan sepanjang hari, saya berasa sungguh selesa duduk di rumah. Sophia pun okay saja.
Oh, rupa-rupanya,... saya telah pun keluar berdua-duaan dengan anak saya ke sebuah mall berdekatan dengan rumah. Objektif utama ialah untuk mencuci kereta yang tidak berapa kotor (pada awalnya saya mahu ban car wash center di mall ini, tapi nasib baik lepas tu saya cool down) :P.
Sambil menunggu kereta siap, kami pun berlegar-legar di dalam mall. Berbekalkan duit yang tak sampai RM 20, apa sangat lah yang boleh saya lakukan di situ...
Setelah berlegar-legar selama lebih kurang 1 jam, kami pun pulang. Entah apa-apa...
Sebelum sampai ke rumah, saya singgah ke kedai laundry. Ini pertama kali saya menghantar tudung-tudung saya untuk dry cleaning di kedai itu (dan dah tahu pertama kali, pergi hantar 3 helai terus!!!). Banyak kali saya pesan "Jangan patahkan awning dia, ya". Tak tahulah kalau dia faham awning tu apa, kan... Semoga tudung-tudung saya tu sihat (dah la, semua tu tudung favorite!). Yes, one of them is KELABU ASAP. ;)
Selepas itu, saya singgah di sebuah kedai yang menjual barang yang sangat best!!! Tapi gambar will be uploaded later - sebab malas nak capai kamera sekarang. ;)