Kali ini saya membawa makcik dan sepupu saya. Diorang aje lah yang merembat.
Saya tengok aje pun tak nak... Hua hua hua *panggggg* (keji sungguhlah ayat macam tuh - tak lama lagi mesti terkena daulat :P)
Eh, tapi kan, saya cuba lah juga tudung yang makcik saya beli tadi. Saiz L, tapi ngam-ngam muka saya. Agaknya kalau saiz S, Sophia je kot yang muat.
Untuk tudung yang awning Thai silk (atau berupa Thai silk), labuh sehingga menutup dada tapi tidak menutup buntut Iszan, harganya ialah RM75. Banyak jenis tudung kat Ariani tu, saya yang tak sempat nak membelek sebab anak bertuah sungguh bertuah pergi jatuhkan banyak tudung di kedai itu tadi.
Sekian, sehingga bertemu di liputan yang akan datang (kalau umur panjang dan murah rezeki). Wassalam.