Ya, memang benar. Dengan harga RM 25 (pada waktu dan hari tertentu sahaja), Suite 11 kami berdua yang punya - tak ada orang lain yang bersama-sama kami pada hari itu. Hahahaha... sungguh bahagia.
I booked 2 tickets online the day before. Sangat mudah membuat online ticket reservation Cathay Cineplex ini - NO REGISTRATION!!! Saya suka!
On the day I was supposed to collect the tickets, I asked the cashier if Sophia needed to have her own ticket. The cashier said no. Muahahaha, zimat zuit zaya. (Normal seat pun dia dok pangku jer... inikan pulak deluxe sofa...)
Sementara menunggu waktu siaran (yang lebih satu jam lamanya), saya dan Sophia berlegar-legar di ruang menunggu. Selesa tempatnya - ada 4 buah kerusi urut (yang saya tidak sempat nak mencuba), dan juga ada PC station di mana saya sempat membuat entry ini.
Ini skrin komputer yang saya guna - haruslah ke blog sendiri dulu. Hahaha, keji! KEJI!
Ini pula skrin komputer yang Sophia gunakan.
Oh ya, sekiranya anda adalah manusia yang tidak berpenebat yang tinggi (atau dalam bahasa mudahnya 'tak tahan rasa sejuk'), anda boleh menyewa set blanket & pillow dengan harga RM 5 sahaja.
Nak dijadikan cerita lagi, anak beranak berdua ni saya order makanan punyalah banyak. Harga makanan lagi mahal dari harga tiket! Tamak betul! LOL :D
Sekianlah kisah kami di panggung wayang.
Oh, cerita Monsters Vs. Aliens ni bagi saya biasa-biasa aje. Tapi cukuplah untuk menarik perhatian anak saya pada saat-saat akhir (tak tahulah kalau memang dia dah mengantuk masa tu).