Okay, saya baru tersedar yang saya ini sebenarnya kebosanan. Maka, akibat terjahan saya ke blog MIO, saya jawab soalan-soalan yang tidak kurang berfaedah itu.
1. Bekas kekasih saya – Hak tuih. Haha, entah mana entah. Err, tapi susah nak cakap - ada yang saya tahu the whereabout, ada yang *kapoof* jadi asap.
2. Saya sedang mendengar – Dream On by Aerosmith
3. Mungkin saya patut – Saya patut mengikut cara Samantha Sweetings membuat kerja iaitu, setiap kerja mesti diselesaikan dalam masa 6 MINIT! Bolehkah membuat laporan pecah kontrak atau project closing report dalam masa 6 MINIT?? 60 minit pun tentu boleh habis.
4. Saya suka – Baring di atas tilam saya.
5. Sahabat-sahabat saya – Adalah orang-orang yang hebat.
6. Saya tak faham – Kenapa saya bekerja di tempat ini.
7. Saya kehilangan – Dara. :P :P
8. Ramai yang berkata – "Malaysia Boleh!" (Ramai kan, yang berkata begitu? Haha)
9. Cinta itu adalah – LOVE.
10. Di suatu tempat, seseorang sedang – Menunggu bas.
11. Saya akan cuba – Sedaya upaya saya untuk menghabiskan kerja-kerja tertunggak termasuk tuntutan tertunggak yang entah masih valid lagi atau tidak.
12. Perkataan SELAMANYA membawa maksud – Err,.. FOREVER. Isn't that obvious?
13. Telefon bimbit saya – Adalah sebanyak... teng teng teng... Tak menang tangan saya nak mengecas bateri. :P
14. Bila saya terjaga – Saya terus meraba-raba dada anak saya untuk memastikan yang dia masih bernafas. Muahahahahaha
15. Saya paling meluat – Melihat orang yang memang saya dah meluat. :P
16. Pesta/parti adalah – RONGGENG sampai tertonggeng. :P
17. Haiwan yang paling comel pernah saya temui – Clown fish dalam akuarium di mana-mana saja. ;)
19. Hari ini – Adalah 3 Julai 2009. Saya jangkakan telefon pejabat saya akan berdering setiap 5 minit. ;)
20. Malam ini saya akan – Err... ntah. Tak ada plan lagi nak buat apa.
21. Esok pula saya akan – Macam nak pergi tengok Transformers.
22. Saya betul-betul inginkan – Sebuah rumah yang hiasan dalamannya praktikal dan ada seni.
23. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini – Saya rasa kelam, lalu saya pun pergi melihat di cermin bilik lain yang mana saya boleh buka lampu terang-benderang. Saya rasa tak sedap mahu membuka lampu di bilik saya kerana anak saya sedang tidur lena.
24. Pusat membeli-belah atau arked permainan – Kedua-duanya adalah tempat-tempat yang menghabiskan duit. Tapi, kalau menghabiskan duit di pusat membeli-belah, sekurang-kurangnya kita tidak balik dengan tangan kosong.
25. Makanan Barat atau Jepun? – 2-2 saya suka.
26. Bilik yang terang atau gelap? – Terang.
27. Makanan segera adalah – McDonalds
28. Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang – Bye, Sayang!
29. Lepas ini saya akan – Buat kerja ata buat-buat kerja. Heh.
30. Siapa yang anda ingin tag – Tiada siapa.