Saya rasa, pasti ada juga orang yang senasib dengan saya yang mengalami penyakit gatal(-gatal). ;)
Suatu hari saya berkunjung ke kedai kain virtual pilihan saya iaitu EJ. Tapi kan, baru-baru ini saya mengatakan bahawa saya masih kebal kerana masih terdapat bebebebebebebeberapa helai kain yang masih belum dihantar untuk dijadikan baju.
Maka niat untuk membeli lining untuk kain-kain chiffon saya telah pun dilaksanakan... (dah LAMA tak beli kain chiffon - sejak BERANAK iaitu pada tahun 2006!). Inilah kain-kain lining (yang disandingkan dengan kain-kain chiffon) yang disebutkan tadi.
Selain itu juga, sebagai menghargai diri sendiri kerana BERJAYA mendapatkan menjumpai tempat letak kereta di hadapan pintu kedai dan juga kerana sedaya upaya menjadi friendly sehabis baik dengan SA kedai, saya pun cuba belek, telek (design) kain-kain lain yang ada di situ.
Ditunjuknya saya dengan Italian silk yang berharga RM400 semeter (SA ni memang mengambil kesempatan atas friendliness saya tau). Ish,... enggak mau seh... Kalau RM 400 satu pasang bolehlah saya CONSIDER. Koser moi nak beli kain ribu-riban.
Jadi, hasil naik lif, turun tangga, turun lif... Dapatlah saya beli ubat penyakit gatal saya. Hilang dah rasa gatal tu.
Chiffon lagi kau ya, Lola...? Hmmmmm
p/s: Setelah mengukur balik lemak-lemak (yang rasanya belum tepu) di badan, saya rasa, saya tak nak hantar kain-kain tersebut ke kedai lagi. Tunggu sampai berat badan turun ke berat badan piawai SERAM saya, baru boleh pergi ukur baju balik. Tidak kalu, makin malas la saya nak turunkan berat badan sebab baju baru 'membesar' mengikut badan. Biar pakai baju kecik, tak selesa supaya saya akan lebih berasa gemuk (tak sedar diri).