Friday, August 14, 2009

Ayam Diet Jua Memang Best!!!!

Ini resepi Jua:

  1. Bawang kuning (jangan bawang besar..tak sedap), kobis bunga, capsicum, ubi kentang, lobak merah bubuhlah banyak mana anda nak. Potonglah dengan gaya apa sekalipun.
  2. Masukkan semua di atas dalam satu bekas pembakar.
  3. Untuk setengah ayam, masukkan 3 sudu virgin olive oil. Nak lebih pun takpe, tapi jangan sampai terlalu oily dan jangan sampai terasa sangat olive oil dalam masakan.
  4. Masukkan Mixed Herbs agak-agak melumuri semua bahan-bahan diatas. Ini lebih sikit pun takpe. Nanti kita akan tambah di hujung rasa.
  5. Sedikit garam, lada hitam yang halus dan lada hitam kasar. Semua ni pun sesedap rasa anda nak banyak mana.
  6. Perahkan lemon. Hari tu saya guna 3 biji lemon. Kalau nak selamat, perahlah sikit-sikit dulu.
  7. Kacau semua bahan sampai sebati.
  8. Ini adalah part paling penting. Takde main geli-geli atau nanti ayam diet anda tak sedap. Celup je ah jari telunjuk dalam kuah campuran ayam tadi. Agak-agak, tak rasa garam tambah garam. Tak rasa lada hitam, tambah lada hitam. Tak rasa masam lemon sesedap mulut anda, tambah lagi lemon. Tambah sampai anda jumpa rasa yang anda ngam.
  9. Pastikan ayam ada bau mixed herbs, kalau takde..tambah lagi mixed herbs.
  10. Perap untuk 1-2 jam dalam peti ais atau suhu bilik.
  11. Bakar dengan dalam oven dengan api sederhana lebih kurang 40-50 minit. Pastikan lobak, kentang, kobis bunga masak atau ikut gaya yang anda nak.
  12. Siap


Saya tak ada bawang besar kuning tu - saya ganti dengan leek
Saya tak letak mixed herbs kering tu - saya guna fresh Rosemary leaves
Saya tak ada olive oil - saya guna canola oil sahaja
Saya tiada oven - saya masak selama 20 minit guna Chefel sahaja. (Dengan ini saya nobatkan Chefel itu sebagai magic wand saya) :P
Saya tak ada guts untuk celup jari telunjuk untuk merasa - BELASAH aje letak garam, pepper, lemon semua.

Hasilnya????? MEMANG MARVELOUS! Dah la senang nak buat - campak je semua ingredients. Haaaaaaah....

Gambar?? Nanti lah. Malas nak edit.