Saturday, August 8, 2009

Bakpia.... Bakpia...

Bila tengok entry Farah yang ini, terus mak kecuq ayaq liuq.

Nak tunggu pergi semula ke Jogja? Entah zaman bila. Mati hidup balik pun belum tentu akan pegi lagi Kerana saya, bila dah menjejakkan kaki ke sesuatu tempat (seperti Jogjakarta ini), memang tak akan mahu pergi semula ke tempat itu.

Tapi ada juga tempat-tempat yang saya buat multiple entries seperti KK, Langkawi. (Oh ye lah, itu dalam Malaya, jadi, tak mengapalah kalau pergi berulang-kali pun).

Jadi, haruslah saya menunggu khabar berita rakan-taulan saya yang mahu pergi ke sana dan mengirim barang sekotak Bakpia Pathok yang sedap melt in your mouth, not in your hands.

Tapi,... saya ada juga mencuba mencari resepi membuat Bakpia ini. Dan saya jumpa ini. Haruslah dicuba, kan...... (Tapi again, entah bila zaman...)