Thursday, August 6, 2009

Collectible Item: Bookmark

Saya bukanlah seorang yang gemar menggunakan bookmark untuk membaca buku. Tapi, saya ingin memberitahu yang saya baru saja membeli sebuah bookmark dari sini. Vadevasss! Saya sukakan koleksi bookmark yang terdapat di situ.

Satu lagi bookmark pemberian orang yang saya sayang ialah ini



Cenderahati (ke cenderamata?) dari Egypt. Ianya diperbuat daripada Papyrus.

Wah wah wah, mahu menjadi seorang pengumpul penanda buku eksotikkah saya ini? Hahaha (saya menggelakkan diri sendiri).

Mungkin (ya, mungkin), saya akan sangat menghargai sekiranya ada orang memberi bookmark yang diperbuat daripada ekor beruang kutub, atau taring Edward Cullen atau mungkin kuku kaki serigala jadian Jacob Black. :P

Walaubagaimanapun, melipat muka surat adalah penanda buku yang paling ideal bagi saya setakat ini. ;)