Thursday, August 20, 2009

Kenapa, Ya?

Bila bersahur je mesti rasa lapar, bila lapar je mesti sahur? Ni saya bercakap pasal puasa lah ni.

Minggu lepas, saya ada berpuasa ganti dan setiap kali berpuasa itu, saya tidak bersahur - kes malas bangun tidur yang amat sangat (sebab CMM tiada untuk menyediakan makanan pada awal pagi)! Tapi, tidak pula saya sakit perut menjelang waktu berbuka. Hairan...

*Perut berbunyi* (seperti ada monster di dalam!)

Sudahlah perut berbunyi, asyik nak terkucilll je hari ni. Bila masa pulak saya ambil fluid nih?

Minggu ini (saya mulakan dengan berpuasa pada hari Isnin Ahad) masih ada lagi saki baki puasa yang belum dilangsaikan (dan masih banyak sebenarnya relatif kepada masa-masa kecederaan). Dan hari ini saya berpuasa (sebab esok tak nak puasa dah) - Insya-Allah sampai waktu Maghrib (kalau tak,...... bayar fidyah le jawabnya).

Bila berpuasa pada hari jadi sendiri, terasa seperti tak dapat beraya di kampung halaman pada 1 Syawal. Relevan? Sila dendangkan lagu "Bila tiba hari raya.... semua insan bergembira...." haaaa, barulah ada feel macamana saya rasa sekarang :P.

*Tsk* *Tsk*