Memandangkan hari ni harijadi saya dan saya ni seorang yang gigih, dan (bagai pucuk dicita ulam mendatang) secara tiba-tiba bebanan kerja yang saya patut langsaikan hari ini telah beralih kepada orang lain, mari saya tolong kumpul nama-nama orang yang rasa nak join parteyy yang tak semenggah itu.
Sila tinggalkan komen anda di sini (yang boleh pergi sahaja, yang mengada-ngada nak pergi tak payah komen).
ATAU
Anda boleh SMS nombor Toot Toot Toot, Toot Toot Toot Toot Toot Toot Toot. Toooooooooooooooooooooooooooooooot..... (SILA SENYAP, semua yang berkenaan) untuk mengesahkan kehadiran anda esok. Itu adalah nombor saya. Tapi, biar saya beritahu awal-awal. Saya tidak akan dapat membalas SMS-SMS anda kerana saya kehabisan kredit (dan tidak bercadang untuk menambah kredit dalam masa terdekat ini).
Maklumat mengenai parteyy orang-orang tua yang tak semenggah itu boleh didapati di sini. Sila tulis nota di telefon bimbit anda sekarang.
JUMPA DI SANA!