Adeh... disebabkan MCB rumah saya terpelantik, maka saya dan anak perempuan terpaksalah membawa diri ke KLCC kerana kalau duduk di rumah pun, masing-masing akan menjadi cacing kepanasan.
Waktu-waktu pelantikan sebeginilah membuatkan saya terfikir untuk memanggil anak buah (tak berapa anak) nan seorang itu "Brader, MCB rumah saya trip la. Brader boleh tolong tengok tak?". Tapi..... dibuatnya brader tu cas eh, caj gua RM500 kang, nayo budget duit raya saya nanti.
Sebagai seorang errr.. *ehem* yang tidak bertauliah lagi gagal, maka saya pun mengambil langkah mendiamkan diri dan tidak memandai-mandai.
Dan sebagai seorang yang baik hati di bulan yang mulia ini (serta secara tiba-tiba tukar topik), saya ingin membuat sedikit amal.
Kepada sesiapa yang mahu melihat katalog Tupperware terkini, bolehlah berikan alamat surat-menyurat kepada saya. Saya akan kirimkan katalog tersebut dengan ucapan "Selamat Hari Raya". Ceh.... amallah sangat.... Eh, tapi serius, benda tu bukan free tau (jadi amallah tu). Oh ya, bilangan katalog adalah terhad.
Saya memang suka tengok katalog; tak kira lah Tupperware ke... Nutrimetics ke... Avon ke... Eh, siapa ada katalog Avon, bolehlah tukar katalog dengan saya. :)