Parteyy la sangat…
Takdelah, waktu rehat yang panjang setiap Jumaat haruslah diisi dengan aktiviti berfaedah supaya masa tidak sia-sia. Maka tengahari semalam, seperti yang telah diberitahu melalui post saya yang ini, saya (dan MN) telah dengan gigihnya menghadirkan diri kami ke parteyy orang-orang tua (yang dihadiri seramai 14 eh, ke 12?? orang yang mungkin separuh daripadanya adalah ibu-ibu mengandung). :P
Okay, itu cerita parteyy makan tengahari. Sebenarnya pada sebelah petang (Ya, KNV, kau pikir, kau seorang yang glamer haram? Muahahahah) saya (dan MN) telah membuat temujanji untuk bersama-sama rakan yang lain untuk sebuah tea parteyy (yang tidak seberapa) di sebuah kedai kopi.
Malangnya, saya betul-betul (betul sebetul-betulnya) tidak dapat menyertai tea parteyy itu. Kerana… saya sedang enjoy meeting/discussion parteyy pada ketika itu – semuanya harus dibereskan sebelum hari Isnin.
Dan hari ini, saya sekeluarga (yang kecil ini) akan bertungkus lumus untuk memindahkan dan mengemas perabot-perabot. (Ada tenaga ke tak, tah)…