Monday, August 24, 2009

Soaljawab Bersama Lola ;)

Bagaimana mahu meletakkan Nuffnang banner seperti dalam blog saya ini.

Pertama sekali, saya anggap Nuffnang banner yang dimaksudkan ialah Leaderboard. Dan jawapan saya ialah sila pergi ke err... alamak CY, aku ingat ko ada buat tutorial nak masukkan ad ni. Ngeeee...

Errr baiklah, saya cuba jawab sendiri. Tapi, saya nak cakap siap-siap yang saya ni BUKAN orang yang patut anda tanya mengenai perihal HTML atau apa-apa mengenai IT lah senang cerita.

Mula-mula, pergi ke edit HTML dan cari <Body> (tak perlu expand widget templates pun), kemudian letakkan script berikut selepasnya.



Kalau nak dapatkan gambaran yang lebih jelas, sila rujuk entry Ceera yang ini. Blog Ceera memang selalu menjadi tatapan saya untuk tutorial mengenai blog. ;)


Bagaimana mahu meletakkan signature dalam setiap entry.

Yang ini saya dah buat tutorial sebenarnya. Eh maksud saya, saya dah sub kepada orang lain untuk membuat tutorial ini. Sila rujuk di sini.

Soalan ketiga saya copy-paste saja lah sebab saya tak reti nak quote :P.
"nape dalam setiap entry post saya, selalu nyer setiap post yang dibuat lebih dari sekali sehari layoutnyer cam kebawah je...i mean jarak dari satu tajuk entry ke tajuk entry lain cam jauh benor...try tengok setiap entry saya...so membuatkan blog saya nampak tak cun...huhuhu"

Ini saya tak dapat nak jawab, Dik Non. Tapi, kalau you tak kisah, I link kan blog you kat sini, supaya mana tahu ada orang (Read: CY) yang boleh tolong tengokkan dan jawabkan. Let me know.